PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PADA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

DOE WP Kuala Lumpur 15/11/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PADA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
15/11/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

25 Oktober 2023, Wilayah Persekutuan Putrajaya - Sempena Sambutan HASN 2023 pada peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput untuk memeriahkan program 3EP (Environmental, Ecosystem and Educational Programme). Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah EnviroHunt berteraskan pendidikan & kesedaran serta sesi perkongsian ilmu mengenai Pengurusan Alam Sekitar di Putrajaya. Program yang diadakan di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya bertujuan mempromosikan keunikan dan keindahan taman ini. Seramai 110 orang pelajar & guru dari 11 buah sekolah menengah di Putrajaya telah menyertai program ini. JASWPKL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya kerana telah menganjurkan program ini  dengan jayanya dan terima kasih di atas komitmen jitu dalam menyampaikan kesedaran khususnya mengenai  aspek pemeliharaan alam sekitar kepada orang awam.