PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 Peringkat Negeri Sarawak

JAS SARAWAK 14/11/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 Peringkat Negeri Sarawak
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
14/11/2023
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

8 November 2023, Kuching - Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 peringkat Negeri Sarawak disempurnakan oleh YB Datuk Amar Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak mewakili YAB Premier Sarawak bertempat di Autrium, Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sambutan HASN 2023 bertemakan “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" yang merupakan anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Trienekens Sdn Bhd, ZHA Environmental Sdn Bhd dan SAR-Alam Indah Sdn Bhd. Sebagai pembuka program, ceramah e-Waste turut disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah JAS Negeri Sarawak, Ts. Mirza bin Zainudin serta sesi kuiz usai ceramah tersebut. Penganjuran program kali ini dengan pelbagai kempen dan program kesedaran turut melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah seperti Pertandingan Pengumpulan e-Waste, Pertandingan Rekacipta Arca dari Bahan Buangan, Penyampaian sijil kepada Pihak Berkuasa Tempatan & kontraktor e-Waste berdaftar yang terlibat dalam Kempen Pengumbulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) 2022 & 2023, jemputan taklimat berkenaan Kempen BEE yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini oleh JAS Sarawak serta pameran yang melibatkan pelbagai agensi seperti Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, ZHA Environmental Sdn Bhd, SAR Alam Indah Sdn Bhd, NREB, JAS Sarawak dan wakil sekolah yang menang dalam pertandingan rekaan arca dari bahan buangan. Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Encik John Rampai, Controller Kualiti Alam Sekitar merangkap Pengerusi sambutan HASN 2023 peringkat Negeri Sarawak, Encik Jack Liam serta dif-dif kehormat yang lain.