Penerangan
3 & 4 November 2023, Kuala Lumpur - JASWPKL telah mengadakan Mesyuarat Pelan Strategik Dan Halatuju 2023/24 di Nilai Springs Resort, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan pencapaian pelan strategik tahun 2023. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan penyediaan perancangan pelan strategik untuk tahun 2024.
Mesyuarat diadakan selama 2 hari bermula dari 3 - 4 November 2023 ini dihadiri oleh Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL dan semua pegawai kanan JASWPKL bagi memenuhi arahan pengurusan tertinggi Jabatan untuk menyediakan perancangan pelan strategik 2024 yang lebih berfokus, inovatif dan holistik.