PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN), 2023, DAN GOTONG-ROYONG JOM BERSIH BUKIT BINTANG 20", PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

DOE WP Kuala Lumpur 02/11/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN), 2023, DAN GOTONG-ROYONG JOM BERSIH BUKIT BINTANG 20", PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/11/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

28 Oktober 2023. Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menyertai Program Gotong Royong Jom Bersih Bukit Bintang 20 “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama??  sempena HASN, 2023 dengan memfokuskan kepada Kempen Larangan Melakukan Pembakaran Terbuka. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Badrul Hisham Bin Baharuddin , Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai wakil rasmi Datuk Bandar DBKL dan turut dihadiri oleh Puan Zuraini Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL. Tujuan program Ini adalah untuk menzahirkan pembangunan lestari dan mewujudkan persekitaran yang harmoni, kondusif serta melahirkan sebuah komuniti yang cakna, progresif serta peduli terhadap kelestarian alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan oleh JASWPKL semasa program ini ialah pameran kesedaran sempena Hari Alam Sekitar Negara 2023, ceramah kempen mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka dan pendaftaran keahlian sebagai Rakan Alam Sekitar.