Penerangan
TANAM POKOK MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI 2023
KUALA TERENGGANU,23 OKTOBER 2023- Aktiviti tanam pokok pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Terengganu dan Karnival Lestari Pantai Timur 2023 merupakan kemuncak Program Hijaukan Bumi yang telah diadakan pada 21 Oktober 2023.
Pada majlis ini, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas mewakili Naib Canselor UniSZA. dan YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersama-sama rakan strategik Petronas Gas Berhad, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan semua jemputan bersama-sama memeriahkan aktiviti ini sebagai simbolik kepada tema sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023:
“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA??
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama