PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

DOE Negeri Sembilan 27/10/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd telah mengadakan Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2023. Tema Sambutan Hari Ozon pada tahun ini ialah ‘‘Montreal Protocol: Fixing the ozone layer and reducing climate change’’ Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan. Sambutan ini juga diadakan bersempena sambutan World Clean Up Day. Seramai 361 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan institusi seperti agensi kerajaan, syarikat swasta, IPTA dan NGO. JAS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Sambutan Hari Ozon Sedunia ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama