Oleh 4dm1n@d03 · 27/09/2023 · 0 paparan
15 SEPTEMBER 2023, KUALA LUMPUR -Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput sebagai panel penceramah dalam Program ENVIRONMENTAL MONTH anjuran Willowglen (M) Sdn. Bhd, Kuala Lumpur (KL). Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang pegawai dan staf._x000D_ _x000D_ Encik Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA selaku Ketua Penolong Pengarah JASWPKL telah membentangkan ceramah bertajuk: 1.Perundangan Berkaitan Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 dan 2.Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ._x000D_ _x000D_ Program dijalankan secara fizikal dan atas talian bertempat di Willowglen (M) Sdh. Bhd, K.L bermula pada jam 10.00 am hingga 12.00 tghri telah berjaya memberikan kesedaran dan kefahaman yang jitu terhadap AKAS, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya kepada semua pegawai dan staf yang hadir. Diakhir program semua isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh para peserta berhubung PPKAS (BT) dan AKAS, 1974 telah diperjelaskan dengan baik melalui sesi soal-jawab.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup