PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

PROGRAM JOM BERSIH KL SEMPENA WORLD CLEANUP DAY, HARI MALAYSIA DAN HARI OZON SEDUNIA

DOE WP Kuala Lumpur 27/09/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JOM BERSIH KL SEMPENA WORLD CLEANUP DAY, HARI MALAYSIA DAN HARI OZON SEDUNIA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

16 September 2023, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk bersama-sama mengadakan program kesedaran alam sekitar bersempena World Cleanup Day, Hari Malaysia dan Hari Ozon Sedunia. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran kesedaran bertemakan Hari Ozon Sedunia, pengumpulan e-Waste dan bahan kitar semula, pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS) dan aktiviti plogging yang turut melibatkan komuniti setempat, pegawai JASWPKL dan ahli RAS. Dianggarkan seramai 500 orang telah menyertai program ini. Adalah diharapkan agar program ini akan meninggalkan impak yang positif dari segi persekitaran yang lestari dan memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada orang awam.