Penerangan
14 SEPTEMBER 2023, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan Taklimat Promosi Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2023/2024 Kepada Pejabat Pendidikan Daerah Dan Sekolah-Sekolah Di Negeri Perak Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 secara atas talian pada hari ini.
Taklimat berdurasi dua jam ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan, JAS Perak, Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias menfokuskan kepada tujuan utama iaitu memberi pendedahan kepada sekolah-sekolah di negeri Perak mengenai SLAAS dan bagi menggalakkan penyertaan SLAAS yang telah memasuki kitaran ke Sembilan Sesi 2023/2024.
Seramai lebih daripada 200 orang peserta yang terdiri daripada wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dari seluruh perak telah menyertai dan mendapat manfaat dalam taklimat tersebut.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, semua wakil daripada PPD dan para guru yang hadir mewakili sekolah masing-masing pada taklimat ini.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2023
#hariozonsedunia
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari