Penerangan
19 Ogos 2024, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat. Kunjungan yang melibatkan seramai enam orang pegawai ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, serta mempelajari aspek-aspek pengurusan yang diamalkan. Sepanjang lawatan tersebut, para pegawai diberi taklimat berkaitan pengurusan alam sekitar dan prosedur pemantauan alam sekitar yang ketat bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian alam sekitar. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara kedua-dua jabatan, selain meningkatkan kefahaman para pegawai kesihatan terhadap peranan penting Jabatan Alam Sekitar dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan awam di negeri Kelantan.