PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

Hari Pembersihan Pantai & Program Kitar Semula

ayuni 19/08/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Hari Pembersihan Pantai & Program Kitar Semula
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Lokasi
Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan

Penerangan

14 Ogos 2024, Pasir Puteh - HESS Corporation dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menganjurkan acara Hari Pembersihan Pantai & Program Kitar Semula di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini merupakan inisiatif bersama untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga kebersihan pantai dan mempraktikkan kitar semula. Antara objektif program ini adalah mengurangkan pencemaran pantai dengan mengutip sampah dan bahan buangan yang terkumpul di kawasan pesisir, sekali gus memastikan Pantai Bisikan Bayu kekal bersih dan indah untuk dinikmati oleh semua, meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat mengenai pentingnya memelihara kebersihan pantai dan ekosistem marin, serta menggalakkan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian dan melibatkan masyarakat setempat, termasuk sukarelawan, pelajar, dan wakil-wakil dari pelbagai organisasi, untuk turut serta dalam usaha memelihara alam sekitar melalui aktiviti pembersihan dan kitar semula. Program yang disertai oleh 100 orang peserta ini telah berjaya mencapai matlamatnya dengan melibatkan komuniti secara aktif dalam usaha memelihara alam sekitar. Kerjasama antara HESS Corporation dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menangani isu pencemaran dan menggalakkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat. Pantai Bisikan Bayu kini lebih bersih dan kesedaran komuniti terhadap pentingnya menjaga alam sekitar telah dipertingkatkan melalui program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan