PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.8/2024 JAS KELANTAN

ayuni 19/08/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.8/2024 JAS KELANTAN
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang
Lokasi
Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang

Penerangan

15 OGOS 2024, KOTA BHARU - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.8/ 2024 pada 13 hingga 15 Ogos 2024 ke atas premis-premis di Negeri Kelantan khususnya premis dalam kawasan Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Dalam operasi ini sebanyak tiga pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 6 orang terlibat secara langsung. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 22 premis. Sebanyak 21 Arahan Lapangan telah dikeluarkan disusuli penyediaan sebanyak 6 Notis Arahan sebagai tindakan kepada premis mengikut jenis kesalahan khusus melibatkan pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian, kumbahan dan peraturan udara bersih. Ops Gempur Bil.8/ 2024 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan