Penerangan
Objektif lawatan bersama JAS melalui pihak konsultan dilantik oleh JPAS (Chemsain Konsultant Sdn bhd) ke premis loji rawatan sisa klinikal sedafiat adalah bagi menjalankan kajian pendek menghasilkan garis panduan berkaitan Scheduled Waste Storage Siting and Facility Design Citeria oleh pihak JPAS.
Antara perkara yang di fokuskan semasa lawatan ialah reka bentuk kawasan penyimpanan sisa klinikal, pembungkusan dan pelabelan sisa terjadual, operasi pengendalian dan pemindahan sisa terjadual setelah penghasilan SW501.
Taklimat berkenaan rawatan MDS yang diguna pakai di premis telah disampaikan oleh En. Hassim selaku pengurus Loji Rawatan Lok Kawi, Sedafiat.