- Tajuk
- Jemputan Kolabrasi Program Oceaners Assemble 3.0
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Rakan Alam Sekitar UiTM Shah Alam Student Chapter (RAS UiTM SC)
- Lokasi
- Kg. Bangau-Bangau, Pulau Denawan, Pulau Sibangkat, Pulau Selakan, dan Pulau Mabul, Semporna.
Penerangan
Objektif program adalah untuk mewujudkan dan melahirkan masyarakat yang cakna tentang kepentingan kehidupan air demi menjaga kelestarian sungai, laut dan sumber marin. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan dan melahirkan masyarakat yang cakna tentang kepentingan pelupusan barang elektrik dan elektronik terpakai yang betul demi menjaga kelestarian alam sekitar.
Aktiviti yang telah dilaksanakan
?? Program pengumpulan E-Waste di Kampung Bangau-Bangau, Semporna (booth e-waste). Pihak kontraktor pengangkut Legenda Bumimas turut berada di lokasi.
???Program kesedaran 3R dan kebersihan pantai. Penyediaan barangan terpakai untuk pembuatan tong 3R untuk diberikan kepada 2 buah sekolah terpilih iaitu SK Pulau Denawan dan SK Pulau Selakan, Semporna.
?Taklimat ringkas "Jom lupus E-Waste oleh PPKK AS kepada lebih kurang 30 orang pelajar di SK Pulau Denawan dan 50 orang penduduk dan pelajar di SK Pulau Selakan, Semporna.
??Demo pembuatan gelang tangan daripada sisa pakaian terpakai, Permainan USB Ladder Dan E-waste quiz, demo pembuatan lotion kepada kanak-kanak di Pulau Sibangkat, pelajar dan ibubapa di SK Pulau Denawan dan SK Pulau Selakan, Semporna. Pelajar dan penduduk turut diberikan hadiah dan cenderamata seperti roti,alatulis, sabun, dan lotion.
??Penganjur juga turut menyumbangkan bahan bacaan dan pakaian terpakai kepada sekolah-sekolah di Pulau Denawan, Pulau Selakan dan Pulau Mabul.
???????Embracing water confidence- Meneroka kehidupan marin melalui aktiviti snorkelling dikalangan perserta di Pulau Sibangkat, Pulau Mataking, Pulau Pandanan dan Pulau Mabul, Semporna.