8 Ogos 2024, - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Bahagian Trafik, IPD JASIN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lebuh AMJ Merlimau, Melaka.
Seramai lima (5) anggota daripada Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Melaka dan tiga (3) anggota daripada Bahagian Trafik, IPD JASIN, PDRM telah terlibat di dalam Ops Gerak tersebut yang memfokuskan kepada penguatkuasaan pematuhan pelepasan daripada kenderaan berenjin diesel.
Sebanyak tujuh puluh (70) kenderaan telah ditahan dan diuji semasa Ops Gerak tersebut. Daripada jumlah tersebut, empat (4) Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sebuah kenderaan telah ditawarkan kompaun kerana gagal mematuhi had pelepasan yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka