Penerangan
AMPANG, 10 Ogos 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput oleh untuk menyertai pameran kesedaran alam sekitar sempena Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2024 pada 10 Ogos 2024 bertempat di Tasik Pandan Perdana, Ampang. Program anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan dan manfaat pengurusan air untuk kesejahteraan bersama melalui kesedaran secara berkesan sejajar dengan aspirasi temanya tahun ini, 'Water for Peace'.
Selain pameran, JAS Selangor juga turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung yang hadir.
Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat sebagai salah satu usaha untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar yang mampan dan lestari. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".