Penerangan
AUDIT KUALITI DALAMAN BAGI SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR
Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 telah dijalankan selama 2 hari bermula pada 12 Ogos 2024 hingga 13 Ogos 2024 dan memfokuskan kepada pematuhan terhadap keperluan Standard MS ISO 9001:2015 bagi Prosedur Pemprosesan Laporan EIA, Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA dan fungsi sokongan.
JAS Negeri Johor sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti ke arah memenuhi kehendak pemegang taruh melalui pematuhan terhadap objektif kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.