Penerangan
29 JULAI 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput bagi mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena Karnival Gemilang Food Festival pada 27 Julai 2024 bertempat di dataran SK Malim, Melaka.
Pameran kesedaran alam sekitar menumpukan promosi terhadap larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik & elektronik (e-waste). Empat (4) unit ‘Virtual Reality’ (VR) juga telah diperkenalkan khusus kepada pelajar bagi menarik minat untuk melihat video-video kesedaran alam sekitar daripada JAS Negeri Melaka. Pelajar juga berpeluang mendaftarkan diri menjadi ahli rakan alam sekitar (RAS) semasa program berlangsung. Hebahan poster larangan pembakaran terbuka juga turut diserahkan kepada pihak Bomba untuk disebar luas kepada orang awam.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama.