Penerangan
Pada 30 Julai 2024 YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Program Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran Untuk Mengatasi Jerebu. Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JAS Ibu Pejabat dan Negeri dan pegawai-pegawai dari agensi pelaksana yang berkaitan iaitu wakil dari Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Negeri Sabah dan Majlis Bandaraya Miri, Sarawak. Objektif mesyuarat adalah untuk membentangkan dan membincangkan pengurusan tanah gambut negeri-negeri yang terlibat.