Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA MENJAYAKAN PAMERAN SEMPENA MINGGU STEM PERINGKAT SEKOLAH
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- SMK DURIAN TUNGGAL, MELAKA
- Lokasi
- SMK DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penerangan
6 OGOS 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput bagi mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena Minggu STEM pada 31 Julai 2024 bertempat di Dewan Ilmu SMK Durian Tunggal, Melaka.
Pameran kesedaran alam sekitar menumpukan promosi terhadap larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik & elektronik (e-waste). Empat (4) unit ‘Virtual Reality’ (VR) juga telah diperkenalkan khusus kepada pelajar bagi menarik minat untuk melihat video-video kesedaran alam sekitar daripada JAS Negeri Melaka. Pelajar juga berpeluang mendaftarkan diri menjadi ahli rakan alam sekitar (RAS) semasa program berlangsung. Hebahan poster larangan pembakaran terbuka juga turut diserahkan kepada pihak sekolah untuk disebar luas kepada warga sekolah.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama