Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA KPJ HEALTHCARE BERHAD BERSAMA CENVIRO RECYCLING RECOVERY SDN BHD LANGKAH PERTAMA MENUJU KOLABORASI STRATEGIK: INISIATIF PROGRAM KITAR SEMULA BUANGAN DARIPADA HOSPITAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2023

Oleh naima · 13/08/2024 · 4 paparan

"9 NOVEMBER 2023, WP KUALA LUMPUR Majlis Menandatangani MoU antara pihak KPJ Healthcare Berhad dan Cenviro Recycling & Recovery Sdn. Bhd. di Hospital KPJ Damansara 2, telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAS untuk menyaksikan upacara yang berprestij tersebut. Program Kerjasama antara Rangkaian Hospital KPJ dan Jabatan Alam Sekitar Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) bertujuan untuk mencapai matlamat dalam pengurusan buangan dari hospital yang lebih cekap dan lestari selain satu usaha bagi mengurangkan kuantiti SW 404. Inisiatif ini mula dilaksanakan bersama pihak Cenviro Recycling Recovery Sdn. Bhd. sebagai Pilot Project yang hanya melibatkan Hospital KPJ Central Region (pada peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor) sahaja dan dijangka akan dilaksanakan ke seluruh rangkaian Hospital KPJ di Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Chin Keat Chyuan, President Managing Director KPJ Healthcare Berhad dan Dr. Johari Jalil, Director Group Managing Director Cenviro Recycling Recovery Sdn. Bhd, Puan Zuraini Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Alam Sekitar, Ibu Pejabat. JASWPKL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KPJ Healthcare Berhad dan Cenviro Recycling Recovery Sdn. Bhd, kerana menjadi pelopor dalam Inisiatif Program Kitar Semula Buangan Daripada Hospital di Malaysia."

Penganjur
DOE WP Kuala Lumpur
Fail / Media (11)
  • 20240908150614426.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150617913.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150621849.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150625563.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150630678.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150635053.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150638794.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150642603.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150646324.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150650142.jpeg .jpeg Buka
  • 20240908150722627.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS