Oleh naima · 13/08/2024 · 1 paparan
"21 Oktober 2023 “ Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, Perak.Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkenan bercemar duli menyempurnakan majlis tersebut.Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa pada majlis itu juga berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Pidato Piala Vale 2023 dan Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik Dan Elektronik yang telah diadakan bersempena sambutan ini dengan kerjasama rakan-rakan strategik. Penganjuran program-program seperti ini dilaksanakan untuk memberikan kesedaran serta memupuk rasa kecintaan masyarakat terhadap alam sekitar.JAS menyeru semua anggota masyarakat untuk sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar yang kita sayangi ini. Hadir bersama di dalam majlis ini adalah YB Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Dato Mohammad Zahir Bin Dato Abdul Khalid; Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Tuan Mohd Zaki Bin Mahyudin; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Perak,Yang Berhormat Encik Teh Kok Lim; Orang Besar Jajahan Larut Matang Dan Selama,YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato Haji Wan Mohd Isa Bin Dato Haji Wan Mohd Razali; Pengarah JAS Negeri Perak,YBhg Dato Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh; Ketua Jabatan Negeri,Persekutuan serta Agensi."
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup