Oleh naima · 13/08/2024 · 1 paparan
30 Oktober 2023, MERLIMAU, MELAKA - Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat negeri Melaka bagi tahun 2023 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau (PTHM) dan Politeknik Merlimau Melaka telah diadakan pada 28 Oktober 2023 di Dewan Platinum dan sekitar Politeknik Merlimau, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin. Seusai ucapan aluan daripada Yang Berusaha Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Encik Rosli Mustafa, ucapan perasmian telah disampaikan oleh Yang Berhormat Exco Kanan seterusnya gimik pelancaran majlis iaitu Yang Berhormat Exco Kanan telah memasukkan e-waste ke dalam tong yang disediakan di atas pentas. Acara di majlis tersebut merangkumi program ˜Singgit Seposen™ iaitu penghantaran dan pembelian sisa kitar semula yang diuruskan oleh Perbadadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), SWCorp dan syarikat pengumpul berlesen di ruang parkir dewan tersebut: i. Sisa 3R ii. Sisa elektrik & elektronik iii. Sisa minyak masak iv. Sisa fabrik yang berkonsepkan pandu lalu. Selain itu, taklimat pembakaran terbuka, pengurusan e-waste turut diadakan. Sebanyak 9 reruai dibuka di sekitar dewan tersebut diantaranya reruai Politeknik Merlimau, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan Perbadanan Teknologi Hijau (PTHM). Acara outdoor pula merangkumi penanaman pokok Melaka, kudah dan senamrobik. Semoga aktiviti yang diadakan sepanjang program dijalankan akan menyemai kesedaran dan perlindungan alam sekitar selaras tema HASN Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim #JASNegeriMelaka #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup