Oleh naima · 13/08/2024 · 0 paparan
"MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI 2023 PENGHARGAAN KEPADA RAKAN STRATEGIK KUALA TERENGGANU,23 OKTOBER 2023- Bersempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Terengganu dan Karnival Lestari Pantai Timur 2023 yang telah berlangsung di Dewan Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin, disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas mewakili Naib Canselor UniSZA. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi memeriahkan sambutan HASN 2023 yang diserta oleh semua lapisan masyarakat dalam menyantuni tema sambutan pada tahun 2023: ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA Pada majlis ini juga YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyampaikan ucapan aluan. Antara intipati ucapan aluan tersebut, beliau merakamkan setinggi perhargaan kepada semua rakan strategik iaitu Universiti Malaysia Sultan Zainal Abidin (UNISZA),Petronas Gas Berhad, Arkema Thiochemicals Sdn. Bhd., Silica Consortium Sdn Bhd; PETRONAS Technical Training Sdn. Bhd. (INSTEP), Blue Archipelago ((ISHARP SDN BHD), Venator (M) Sdn. Bhd. Jabatan Strategic Engagement TNB, CJ BIO Malaysia Sdn. Bhd. RD Paper Sdn Bhd, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Tabung Darah HSNZ, KT Wan Recycle dan Geng Plastik Ija (GPI) di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan serta memeriahkan sambutan HASN 2023 pada tahun ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup