Oleh naima · 13/08/2024 · 0 paparan
"PROGRAM PENGUJIAN PERCUMA KENDERAAN BERMOTOR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI PANTAI TIMUR 2023 KUALA TERENGGANU, 21 OKTOBER 2023 – Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Terengganu dan Karnival Lestari Pantai Timur 2023 selama 3 hari bermula pada 21 Oktober 2023 hingga 23 Oktober 2023 telah diadakan Program Pengujian Percuma Kenderaan Bermotor oleh Pasukan Penguatkuasan JAS Terengganu. Tema sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 ,Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama, menterjemahkan aspirasi yang sangat tinggi agar semua lapisan masyarakat mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar sehingga kita dapat melestarikan negara kita menjadi negara yang manpan selaras dengan aspirasi di peringkat global Sustainable Development Goal (SDG) 2030. Dengan adanya program-program kesedaran alam sekitar ini, semua lapisan masyarakat dapat berganding bahu untuk bersama-sama menjaga alam sekitar yang merupakan milik kita semua. yang dipinjamkan daripada generasi yang akan datang.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup