PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

NAKUDAH ANTARA AKTIVITI KESEDARAN AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI PANTAI TIMUR 2023

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 13/08/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
NAKUDAH ANTARA AKTIVITI KESEDARAN AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI PANTAI TIMUR 2023
Tahun
2023
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

"NAKUDAH ANTARA AKTIVITI KESEDARAN AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI PANTAI TIMUR 2023 KUALA TERENGGANU, 21 OKTOBER 2023 – Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Terengganu dan Karnival Lestari Pantai Timur 2023 selama 3 hari bermula pada 21 Oktober 2023 hingga 23 Oktober 2023 telah diadakan Program NAKUDAH (Nampak, Kutip Dan Riadah) dan disertai oleh pelbagai lapisan masyakat. Program yang mendapat Kerjasama Unisza, JAS Terengganu, GPI, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan rakan strategik daripada PETRONAS GAS BERHAD dan INSTEP telah berjaya mengumpulkan 264 kg sampah yang dilupuskan oleh MBKT yang menyediakan kemudahan pengangkutan . Tema sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 ,Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama, menterjemahkan aspirasi yang sangat tinggi agar semua lapisan masyarakat mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar sehingga kita dapat melestarikan negara kita menjadi negara yang manpan selaras dengan aspirasi di peringkat global Sustainable Development Goal (SDG) 2030. Dengan adanya program-program kesedaran alam sekitar ini, semua lapisan masyarakat dapat berganding bahu untuk bersama-sama menjaga alam sekitar yang merupakan milik kita semua. yang dipinjamkan daripada generasi yang akan datang.