Oleh naima · 13/08/2024 · 0 paparan
"SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN KARNIVAL LESTARI PANTAI TIMUR 2023 MERIAH KUALA TERENGGANU, 23 OKTOBER 2023 Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Terengganu dan Karnival Lestari Pantai Timur 2023 yang telah berlangsung di Dewan Auditorium Al-Zahrawi, Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin hari ini, telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas mewakili Naib Canselor UniSZA. Pada majlis ini juga YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyampaikan ucapan aluan. Antara intipati ucapan aluan tersebut, beliau merakamkan setinggi perhargaan kepada rakan strategik iaitu Universiti Malaysia Sultan Zainal Abidin (UNISZA),Petronas Gas Berhad, Arkema Thiochemicals Sdn. Bhd., Silica Consortium Sdn Bhd; PETRONAS Technical Training Sdn. Bhd. (INSTEP), Blue Archipelago ((ISHARP SDN BHD), Venator (M) Sdn. Bhd. Jabatan Strategic Engagement TNB, CJ BIO Malaysia Sdn. Bhd. RD Paper Sdn Bhd, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Tabung Darah HSNZ, KT Wan Recycle dan Geng Plastik Ija (GPI) di atas sokongan dan Kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan ini. Pelbagai aktiviti kelestarian termasuklah program NAKUDAH (Nampak, Kutip & Riadah) bersama komuniti di Pantai Batu Rakit, Program Hijau Bumiku (Penanaman Pokok) di sekitar Tasik UniSZA, Sustainable Fun Walk, Pertandingan Mewarna Pelajar Sekolah Rendah dan Pra-Sekolah sekitar Kuala Nerus, Seminar Kelestarian, Kuiz Kelestarian, Program Kitar Semula, Derma Darah serta Pemeriksaan Kesihatan, Pengujian Percuma Kenderaan Bermotor dan Pameran Jabatan dan Agensi telah mendapat sambutan di luar jangkaan. Tema sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 ,Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama, menterjemahkan aspirasi yang sangat tinggi agar semua lapisan masyarakat mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar sehingga kita dapat melestarikan negara kita menjadi negara yang manpan selaras dengan aspirasi di peringkat global Sustainable Development Goal (SDG) 2030. Dengan adanya program-program kesedaran alam sekitar ini, semua lapisan masyarakat dapat berganding bahu untuk bersama-sama menjaga alam sekitar yang merupakan milik kita semua, yang dipinjamkan daripada generasi yang akan datang.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup