PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH DAERAH KUALA NERUS

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 16/08/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH DAERAH KUALA NERUS
Tahun
2023
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH DAERAH KUALA NERUS Sukacita dimaklumkan bahawa Syarikat Kasut You dengan kerjasama JAS Terengganu dan SYARIKAT KT WAN RECYCLE akan menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari isi rumah, Daerah Kuala Nerus. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk membantu orang ramai, khususnya yang berada di daerah Kuala Nerus dan sekitarnya melupuskan buangan E-Waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat. Program ini akan diadakan pada 30 September 2023 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Stor Kasut U (Kasut U Distributor) Kawasan Perindustrian Gong Badak. Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrikal dan elektronik ini untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan. Contoh bahan buangan elektrikal dan elektronik ini adalah : 1, Televisyen 2.Komputer Peribadi; 3.Mesin basuh; 4.Pendingin hawa; 5.Peti ais; 6.Telefon bimbit; dan Lain-lain barangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah JOM kita hadir ramai-ramai, menyokong usaha-usaha syarikat korporat dalam memastikan bahan buangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah dapat diuruskan dengan betul dan selamat dan pengurusan terbaik sisa minyak masak terpakai kepada kegunaan yang mesra alam sekitar.