Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

PROGRAM CSR APTIV MALAYSIA SDN.BHD BERSAMA KuISTer DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU

Oleh naima · 16/08/2024 · 0 paparan

"PROGRAM CSR APTIV MALAYSIA SDN.BHD BERSAMA KuISTer DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 10 SEPTEMBER 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah kelestarian alam sekitar sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama APTIV Malaysia Sdn. Bhd. dan Sekolah Kubang Ikan, Cendering, Kuala Terengganu (KuISTer). YBrs. Cikgu Mohd Zamri bin Hitam, Guru Besar SK Kubang Ikan (KuISTer) menyampaikan ucapan aluan dan Pengarah APTIV Malaysia Sdn. Bhd. Encik Rasto Maintar merasmikan program ini. Pelbagai program telah berjaya dianjurkan antaranya menandatangani perjanjian jalinan KuISTer bersama APTIV Malaysia Sdn. Bhd. dan JAS Terengganu, Ceramah Alam Sekitar, Pertandingan mewarna, aktiviti menananam 300 pokok sumbangan APTIV Malaysia Sdn. Bhd. yang telah berjaya ditanam di sekitar kawasan sekolah. Gimik pelancaran program ini dimeriahkan dengan aktiviti menanam pokok oleh Tuan Guru Besar, Pengarah APTIV Malaysia Sdn. Bhd., YDP PIBG dan JAS Terengganu. Program ini juga bersempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 yang bakal disambut pada 16 September ini dengan tema: ""Montreal Protocol: Fixing the ozone layer and reducing climate change"" Penolong Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar Tertinggi , JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan ceramah dan memeriahkan aktiviti tersebut. JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi APTIV Malaysia Sdn. Bhd., Guru Besar SK Kubang Ikan (KuISTer) dan semua pihak yang terlibat di atas kejayaan penganjuran program tanggungjawab sosial ini serta komitmen dalam melestarikan alam sekitar.

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (5)
  • 20240908112917057.jpg .jpg Buka
  • 20240908112921002.jpg .jpg Buka
  • 20240908112925398.jpg .jpg Buka
  • 20240908112930281.jpg .jpg Buka
  • 20240908112935086.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS