PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

SEMINAR PEMANTAPAN PROGRAM PERLINDUNGAN LAPISAN OZON SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 BERJAYA DIANJURKAN 

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 16/08/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMANTAPAN PROGRAM PERLINDUNGAN LAPISAN OZON SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 BERJAYA DIANJURKAN 
Tahun
2023
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

"KUALA TERENGGANU, 21 SEPTEMBER 2023-  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar telah berjaya menganjurkan Seminar Pemantapan Program Perlindungan Lapisan Ozon Di Negeri Terengganu bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2023. Seminar dirasmikan oleh YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama mengiringi beliau dalah Ketua Penolong Pegarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah. Pengisian seminar ini ditampilkan penceramah daripada Bahagian Udara, Ibu Pejabat Putrajaya, Puan Siti Khairani Abdullah dan Encik Marzuki bin Mamat dari Institut Latihan Perindustrian Gong Badak. Seminar ini bertujuan untuk memastikan semua juruteknik bagi sektor penyejukan dan penyamanan udara (RACs) bertauliah selaras dengan Peraturan 5(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020 dan mempromosikan kesedaran di kalangan juruteknik mengenai impak alam sekitar dengan mempromosikan amalan terbaik dalam mengendalikan bahan refrigeran ini JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penceramah dan juga semua peserta yang terdiri daripada pihak industri dalam pelbagai sektor perindustrian dalam menyokong dan menjayakan seminar pada hari ini mencapai objektifnya.