Penerangan
"KUALA TERENGGANU, 18 SEPTEMBER 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah e-waste  sempena Program Cakna E-Waste anjuran Sekolah Kebangsaan Losong hari ini.
YBrs. Cikgu Faridah binti Omar , Guru Besar SK Losong dalam ucapan aluan pada program Cakna E-Waste ini berharap semua warga sekolah dapat memanfaatkan pengetahuan dalam pengurusan e-waste ini untuk dilaksanakan di peringkat sekolah dan komuniti setempat  termasuk ibu bapa pelajar.
Program cakna e-waste ini juga juga bersempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 yang telah disambut pada 16 September 2023 dengan tema: ""Montreal Protocol: Fixing the ozone layer and reducing climate change""
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi , JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan ceramah dan memeriahkan program tersebut.
JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi kepada Guru Besar SK Kubang Losong dan seluruh warganya  di atas kejayaan penganjuran program melestarikan alam sekitar.