Oleh zaleha · 16/08/2024 · 1 paparan
KUALA TERENGGANU, 26 SEPTEMBER 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar sempena PROGRAM WORLD OZONE DAY CAMPAIGN ANJURAN TOSOH ADVANCED MATERIAL SDN.BHD. Kilang milik syarikat pelabur Jepun ini beroperasi di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Iniasiatif penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan pekerja syarikat ini. Program ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 yang telah disambut pada 16 September 2023 dengan tema: ""Montreal Protocol: Fixing the ozone layer and reducing climate change. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi , JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan ceramah dan memeriahkan program tersebut. JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi. TOSOH ADVANCED MATERIAL SDN.BHD dan seluruh warganya kerja syarikat ini di atas kejayaan penganjuran program melestarikan alam sekitar di negeri ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup