Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFFLUEN PERINDUSTRIAN (IETS)
1 OGOS 2024, JOHOR BAHRU -
- Tahun
- 2024
- Lokasi
- PASIR GUDANG, JOHOR
Penerangan
Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti penghasilan minyak masak di Pasir Gudang berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 bagi 1 unit Sistem Pengolahan Effluen Perindustrian (IETS).
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat punca - punca effluen yang tidak dimasukkan ke dalam lukisan kejuruteraan. Punca - punca effluen juga tidak dilabelkan dan rekod performance monitoring di dalam dokumen Perisytiharan Bertulis dan di premis kilang berbeza.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah penambahbaikan pada 'as built drawing' dan rekod pemantaun prestasi bagi keseluruhan sistem.