PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN KENDERAAN MENGIMPORT BUANGAN TERJADUAL

nasir.ibrahim 15/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN KENDERAAN MENGIMPORT BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2024
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

1 Ogos 2024, Johor Bahru - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit Buangan Terjadual) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan yang membawa buangan elektrik dan elektronik serta kabel wayar berpenebat di mana dikategorikan sebagai buangan terjadual di dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pengimportan ini telah dijalankan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling terlebih dahulu. Sehubungan itu, kenderaan ini telah diarah untuk berpatah balik ke negara asal. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan