Penerangan
28 JULAI 2024, JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjayakan Program Johor Bersih @Sungai Skudai anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor. Turut hadir, Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Antara aktiviti yang diadakan adalah taklimat Kempen Penanaman 100 juta pokok dan penanaman 200 pokok di Sungai Skudai. Turut diadakan demonstrasi membuat bebola lumpur (mudball) dan membaling bebola lumpur ke dalam Sungai Skudai.
Jabatan ini sentiasa menyambut baik usaha dan inisiatif untuk kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.