Penerangan
23 Julai 2024, Mersing – Unit Kenderaan Bermotor JAS Johor telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Matikan Enjin di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di kawasan Terminal Bas.
Di mana pemilik kenderaan yang berkaitan adalah diingatkan supaya tidak membenarkan enjin mana-mana kenderaan motor dihidupkan semasa kenderaan motor itu tidak bergerak selama lebih 3 minit dalam kawasan tertutup atau kawasan letak kereta separa tertutup atau mana-mana perhentian.
Sekiranya kenderaan bermotor itu dihidupkan melebihi 3 minit, Pegawai Jabatan Alam Sekitar, JAS boleh mengambil tindakan kompaun dan amaran/notis kepada pemandu kenderaan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Tindakan boleh diambil terhadap pemandu kenderaan yang enggan bekerjasama untuk mematuhi peruntukan undang-undang.