Penerangan
"17 September 2023, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh International Youth Centre (IYC), Kuala Lumpur untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena Program Hari Terbuka IYC.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh JASWPKL adalah pameran kesedaran bertemakan Sambutan Hari Ozon, pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS), kuiz alam sekitar, permainan interaktif dan tayangan video kesedaran alam sekitar.
Adalah diharapkan agar program ini dapat memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar. JASWPKL sentiasa menyokong segala usaha murni dalam menyampaikan hebahan maklumat berkaitan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada golongan belia dan orang awam."