PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR JAS KEDAH CAWANGAN KULIM

sakinah 16/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR JAS KEDAH CAWANGAN KULIM
Organisasi
JAS KEDAH CAWANGAN KULIM
Lokasi
DAERAH KULIM KEDAH

Penerangan

9 JULAI 2024, KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah mengadakan Ops Gempur yang menyasarkan premis sembelihan ayam di daerah Kulim, Kedah. Ops Gempur ini telah dijalankan pada jam 12.00 tengah malam dan berakhir pada jam 4.00 pagi yang diketuai oleh JAS Cawangan Kulim bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) dan juga pegawai-pegawai penguatkuasa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang turut melibatkan keseluruhan 17 anggota penguatkuasa daripada JAS Kedah termasuk JAS Cawangan Kulim dan Jabatan dan Agensi yang turut serta dalam Ops Gempur ini. Sebanyak tiga (3) premis sembelihan ayam telah diperiksa dan sebanyak 2 percontohan sampel efluen perindustrian telah di ambil dari premis yang diperiksa dan dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang. Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).) Sekiranya disabitkan dengan kesalahan seksyen ini, premis boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit (RM 50,000.00) dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit (RM 10,000,000.00).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan