Penerangan
BUTTERWORTH, 20 Julai 2024- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menyertai Program 'Be The Change: Safe Seas Society 2024' yang dianjurkan oleh Peninsula College Georgetown (The Ship Campus ),Batu Kawan.Acara tersebut diadakan di Hentian Rehat dan Rawat Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pantai Bersih. Program ini juga turut dihadiri oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), PKT Logistics (Batu Kawan, Penang), dan Polaris Maritime Training Academy (Alor Setar, Kedah).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai, laut serta hidupan akuatik dan mendorong masyarakat untuk berperanan aktif dalam usaha pemuliharaan kelestarian alam sekitar sejagat.
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppjulai2024