PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

Lawatan tapak EIA bagi cadangan projek pembangunan berhampiran Pulau Melaka oleh Chin Hin Property Sdn Bhd

nursyuhada 29/07/2024 10 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Lawatan tapak EIA bagi cadangan projek pembangunan berhampiran Pulau Melaka oleh Chin Hin Property Sdn Bhd
Tahun
2024
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
PULAU MELAKA

Penerangan

11 JULAI 2024, Pulau Melaka - Lawatan tapak cadangan pembangunan pangsapuri berhampiran Pulau Melaka telah dijalankan sebelum Mesyuarat EIATRC yang dijadualkan pada 16 Julai 2024 di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat dan menilai persekitaran tapak cadangan projek pembangunan tersebut sebelum sebarang pertimbangan dibuat ke atas laporan EIA yang telah dikemukakan ke JAS Melaka. Projek yang dicadangkan tersebut adalah tertakluk dibawah Aktiviti 12(a) dalam Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 di bawah Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan