Penerangan
19 Julai 2023 - Satu mesyuarat TORAC berkaitan cadangan projek yang tertakluk Environmental Impact Assessment (EIA) yang tertakluk Jadual Kedua Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Mesyuarat ini telah dijalankan di Bilik Kenanga, Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat dan dijalankan secara fizikal dan maya (online) dengan melibatkan pihak penggerak projek, jururunding EIA dan agensi yang berkaitan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah, Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani