PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Kursus

SESI LIBAT URUS PROJEK DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12: KAJIAN BAGI PENGENAAN FI BERKAITAN DENGAN PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT, EIA) BIL 3/ 2024

rosmina 12/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS PROJEK DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12: KAJIAN BAGI PENGENAAN FI BERKAITAN DENGAN PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT, EIA) BIL 3/ 2024
Tahun
2024
Organisasi
Bahagian Penilaian
Lokasi
Kuching, Sarawak

Penerangan

18 JULAI 2024, KUCHING, SARAWAK – Satu (1) Sesi Libat Urus bagi Kajian Pengenaan Fi berkaitan dengan pemprosesan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah berlangsung di Kuching, Sarawak pada 16 Julai hingga 18 Julai 2024. Sesi libat urus ini melibatkan sejumlah 34 peserta yang terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, wakil-wakil dari agensi Kerajaan di Sarawak dan juga penggerak projek yang melaksanakan projek EIA di Sarawak. Sesi libat urus ini dirasmikan oleh Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar. Antara pengisian sesi libat urus ini adalah pembentangan tiga (3) kertas taklimat iaitu Kemaskini Penambahbaikan EIA oleh JAS, Pelaksanaan Fi Pemprosesan EIA oleh pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Cadangan Pindaan Perintah EIA 20xx oleh JAS dan juga Sesi Perbincangan Berkumpulan. Objektif sesi ini adalah untuk membantu Jabatan mendapatkan input berkaitan dengan cadangan nilai pengenaan fi yang sewajarnya dalam proses yang berkaitan dengan keperluan di bawah Seksyen 34A, Seksyen 33A dan Seksyen 35 di bawah AKAS 1974 atau peruntukan berkaitan. Selain itu juga, sesi ini dapat memberi maklum tentang cadangan berhubung dengan pindaan kepada Aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah EIA 2015. Sesi libat urus ini turut dijayakan bersama dengan perunding yang dilantik iaitu iaitu Aurecon Lestari Sdn. Bhd. Semua pandangan dan Input yang diterima akan diambil kira dalam melengkapkan kajian ini dan Jabatan berharap kajian ini akan membantu dalam meningkatkan tadbir urus pelaksanaan pemprosesan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) pada masa akan datang dan pengurusan alam sekitar secara umumnya. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan