PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Mesyuarat

MRRA Progress Update Committee Meeting, 2024

Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) 31/01/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MRRA Progress Update Committee Meeting, 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
01/01/1900
Organisasi
Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG)
Lokasi
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur

Penerangan

24 Januari 2024 – Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. MRRA Progress Update Committee Meeting, 2024 ini telah diadakan oleh Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) pada 23 Januari 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Tujuan Mesyuarat ini adalah untuk memaklumkan kepada ahli Jawatankuasa berkaitan status projek MRRA yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Bil 1/2023 yang lepas. Jawatankuasa ini dianggotai oleh JAS, MET Malaysia, MySA, JLM, PETRONAS MPM yang mana sebahagian daripadanya merupakan ahli kepada National Oil Spill Contingency Committee (NOSC) dan PIMMAG merupakan urus setia kepada Jawatankuasa ini. Objektif utama penubuhan jawatankuasa ini adalah: i. Membincangkan isu-isu dan mefokuskan kepada penyediaan mekanisme pengurusan yang berkesan dan berstruktur dalam proses persediaan tindak balas terhadap tumpahan Minyak di Malaysia; dan ii. Melindungi kepentingan ahli PIMMAG dan Kerajaan Malaysia daripada kesan pencemaran minyak akibat tumpahan minyak terutamanya yang melibatkan hal-hal perundangan dan kerosakan alam sekitar. Dalam hal ini, JAS sebagai penyelaras kepada Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia (Malaysia Oil Spill Contingency Plan, MOSCoP) adalah berperanan untuk memberikan pandangan, input dan idea yang membolehkan negara sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi insiden tumpahan minyak. Kesiapsiagaan tindak balas yang tinggi membolehkan impak pencemaran dapat dikurangkan dan secara tidak langsung isu pencemaran alam sekitar, kerugian dari segi ekonomi dan kemerosotan kualiti hidup penduduk yang hidup di pinggiran pantai dan yang menjadi nelayan pesisir pantai dapat dikurangkan. Dalam mesyuarat tersebut, telah dibentangkan berkenaan MRRA yang telah dijalankan untuk Kuantan Port serta fokus tahun 2024 dan jangka panjang dalam kajian MRRA tersebut. Beberapa input telah diutarakan oleh ahli Jawatankuasa yang boleh memantapkan lagi laporan MRRA Kuantan Port dan perkara yang boleh ditambahbaik pada aktiviti jangka panjang yang boleh pihak urusetia lebih fokuskan. Laporan MRRA Kuantan Port dijangka diselesaikan bulan Jun 2024 dan ia akan diedarkan kepada Kuantan Port untuk tindakan seterusnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan