Penerangan
Tarikh: 29 Januari 2024
Bahagian Air dan Marin telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan Program Data Alam Sekitar Tahun 2023/2024 yang Pengerusi Mesyuarat: YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr Mazlin Bin Mokhtar selaku Ketua Program untuk tahun 2023/2024
Ahli Mesyuarat: Tuan Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, pegawai-pegawai dari JAS Ibu Pejabat dan agensi-agensi dari Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pusat Hidrografi Nasional, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, KD Sultan Ismail, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Syarikat Transwater Environment Services Sdn. Bhd.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan Status Rumusan Bengkel pada 23 Oktober 2023, pelaporan untuk Laporan Akhir Program Data Tahun 2023/2024, perancangan untuk Bengkel Program Data Bilangan Kedua Tahun 2023/2024, Perancangan Komponen Program bagi tahun 2024/2025 dan Perancangan Komponen Program bagi Permohonan Rancangan Malaysia Ke-13.