PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sekolah Lestari

PROGRAM PELANCARAN MINGGU CAKNA E-WASTE DAN SEKOLAHKU LESTARI DI SK BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 31/08/2023 9 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PELANCARAN MINGGU CAKNA E-WASTE DAN SEKOLAHKU LESTARI DI SK BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

4 OGOS 2023, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil (SKBJ) untuk melancarkan Program Minggu Cakna E-Waste dan Sekolahku Lestari bagi meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan E-waste kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Zuraini Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL dan melibatkan semua warga sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah Kuiz Cakna E-waste, Ceramah Pengurusan E-waste, Program Sifar Sarap, E-waste Word Search dan Kuiz Bijak E-waste. Sekalung penghargaan dan setinggi tahniah kepada pihak SKBJ atas komitmen yang diberikan dalam penganjuran program ini. Diharapkan agar program yang murni seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi yang akan datang.