PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS) ยท Sekolah Lestari

PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SMK BANDAR BARU SERI PETALING

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 31/08/2023 11 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

14 Jun 2023, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling untuk mengadakan pameran serta menyampaikan ceramah berkenaan pengurusan alam sekitar yang lestari. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nor Iwani Basri, dari Unit Kesedaran JASWPKL dan dianggarkan seramai 350 pelajar telah menghadiri program ini. Selain pameran alam sekitar, pelbagai aktiviti turut dijalankan oleh JASWPKL sepanjang program berlangsung antaranya uji minda melalui buku aktiviti, permainan interaktif, tayangan video kesedaran alam sekitar dan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS). Adalah diharapkan program seperti ini dapat memberi kesedaran dan memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada para pelajar khususnya golongan belia.