Penerangan
31 Julai 2023, WP Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh pihak ASEZ untuk memberikan ceramah mengenai pengurusan alam sekitar secara lestari.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Zuraini Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL bertempat di Alam Bina Auditorium, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dianggarkan seramai 250 peserta yang terdiri daripada golongan belia telah menghadiri program ini.
JASWPKL sentiasa menyokong usaha murni pelbagai pihak dalam menjalankan program kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi meningkatkan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat.