PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Rakan Alam Sekitar (RAS)

PAMERAN SEMPENA HARI KARNIVAL BAHASA & BULAN MEMBACA 2023 SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH, PERAK

DOE Perak 09/08/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN SEMPENA HARI KARNIVAL BAHASA & BULAN MEMBACA 2023 SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH, PERAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/07/2023
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

19 JULAI 2023, IPOH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan pameran sempena Hari Karnival Bahasa & Bulan Membaca 2023 Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak. Program ini melibatkan 570 orang keseluruhan murid sekolah tersebut, para ibu bapa, sekolah-sekolah sekitar dan juga terbuka kepada masyarakat awam. Antara yang turut terlibat memeriahkan program ini adalah pameran oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Sultan Azlan Shah dan gerai-gerai jualan di perkarangan sekolah. Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Sekolah Raja Perempuan Taayah atas jalinan kerjasama yang diberikan.