Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI BERKEPENTINGAN BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI MASALAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN CUACA KERING PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2023

Oleh iwani · 24/07/2023 · 0 paparan

  6 Julai 2023, Kuala Lumpur- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama agensi berkepentingan bagi mencegah dan menangani masalah pembakaran terbuka dan cuaca kering peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2023 bertempat di Mayor's Courtyard, Biro Pelancongan Kuala Lumpur pada 6 Julai 2023. Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL. Perasmian tersebut turut dihadiri oleh Pengarah JASWPKL, Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin dan wakil-wakil daripada DBKL, BOMBA, SWCorp, METMalaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Objektif utama sesi libat urus ini adalah untuk menjalin kerjasama dan meningkatkan kefahaman agensi-agensi kerajaan bagi mencegah dan menangani masalah pembakaran terbuka. Pada kesempatan ini JASWPKL mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan atas kerjasama yang diberikan dan diharapkan agar berkesinambungan demi kelestarian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penganjur
DOE WP Kuala Lumpur
Fail / Media (16)
  • 20231511172813810.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172813920.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172813997.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814039.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814096.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814172.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814243.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814324.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814360.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814417.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814490.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814561.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814594.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814665.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814747.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172814824.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS