Penerangan
30 & 31 Mei 2023, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput oleh Pusat Sains Negara untuk menyertai program School’s
Out Kids In 2023 sempena cuti sekolah.
Selain pameran alam sekitar yang bertemakan Hari Alam Sekitar Sedunia, pelbagai aktiviti turut
dijalankan oleh JASWPKL sepanjang dua hari program berlangsung antaranya uji minda melalui buku
aktiviti Slip Slap & Slop, cipta alam semesta, permainan interaktif, cara memelihara alam sekitar,
tayangan video kesedaran dan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS).
Dianggarkan lebih kurang 7,000 orang telah mengunjungi program ini. Adalah diharapkan program
seperti ini dapat memberi kesedaran dan memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada
masyarakat khususnya golongan belia dan kanak-kanak.